headads
Picture
25 June 2013

APAKAH YAKJUJ dan MAKJUD ITU ?

Tuesday, June 25, 2013


#1 : Berasal Dari Bahasa Turki Kuno

Peristiwa Zulkarnain berhadapan dengan Yakjuj & Makjuj berlaku sebelum Al-Quran diturunkan kepada masyarakat Arab. Ini bermakna orang Arab hanya pertama kali mendengar dua perkataan ini semasa Rasulullah berdakwah kepada mereka.
Oleh itu masyarakat Arab tidak tahu apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pengertian
‘yakjuj’ dan ‘makjuj’ kerana dua perkataan ini tidak pernah wujud dalam daftar kata bahasa Arab.

Mengikut (QS.18 : 93) Zulkarnain telah menemui satu kaum yang berkomunikasi menggunakan bahasa asing. Mengikut kajian penulis, kaum ini ialah bangsa Turki. Negara Turki pernah termasuk dalam jajahan empayar Sassanid.
Zulkarnain ialah seorang raja Sassanid yang pernah hidup semasa Rasulullah masih kanak-kanak. Dan perkataan Yakjuj & Makjuj berasal dari bahasa Turki iaitu ‘yakmak’ yang merujuk kepada sejenis api.

yakjuj makjuj = yakmak


#2 : Mempunyai Sifat Menyala

Walaupun perkataan ‘yakjuj’ dan ‘makjuj’ berasal dari bahasa Turki Kuno iaitu ‘yakmak’, tetapi penambahan suku akhiran ‘juj’ memberi petunjuk tambahan huruf akar setiap dua perkataan tersebut dalam bahasa Arab. Perkataan ‘yakjuj’ mempunyai gabungan huruf akar ‘alif’ dan ‘jim’ yang memberi sebutan ‘aj’ atau ‘ajij’ yang bermaksud ‘nyalaan’.

ا – ج = يأجوج = nyalaan



#3 : Mempunyai Sifat Bergelombang

Perkataan ‘makjuj’ pula mempunyai gabungan dua huruf akar iaitu ‘mim’ dan ‘jim’ yang menghasilkan sebutan ‘maja’ dan ‘yamuj’ yang masing-masing bermaksud ‘gelombang’ dan ‘penyebaran’. Oleh itu, Yakjuj & Makjuj merupakan sejenis bencana alam semulajadi yang yang merosakkan Bumi dengan aliran deras.

 م – ج = مأجوج = gelombang



#4 : Keluar Dari Bawah Tanah

Al-Quran memberi gambaran bahawa Yakjuj & Makjuj keluar dari bawah tanah dan menyebabkan kemusnahan pada suatu kawasan yang diduduki oleh satu kaum yang meminta bantuan dari Zulkarnain. Aduan kaum ini menunjukkan penempatan mereka pernah dirosakkan oleh Yakjuj & Makjuj sebelum kehadiran Zulkarnain.



#5 : Merusakkan Permukaan Bumi

Kesilapan para pengkaji Al-Quran terdahulu ialah mereka menyamakan sifat pemusnah Yakjuj & Makjuj dengan sifat makhluk ganas. Lava gunung berapi yang melimpah di atas permukaan Bumi juga mempunyai sifat yang sama iaitu melakukan kerosakan. Banyak kejadian letusan gunung berapi yang dicatatkan dalam sejarah telah memusnahkan banyak penempatan manusia, kawasan perladangan dan juga ekosistem.


#6 : Tidak Bisa Dimusnahkan Dengan Senjata

Walaupun Yakjuj & Makjuj disifatkan sebagai perosak Bumi, tetapi ianya tidak boleh dimusnahkan dengan menggunakan senjata. Ini kerana Yakjuj & Makjuj merupakan satu istilah bangsa Turki Kuno yang merujuk kepada sejenis bencana api yang keluar dari bawah tanah. Dalam surah Al-Kahfi, tidak terdapat sebarang petunjuk yang mengatakan Zulkarnain berperang dengan Yakjuj & Makjuj seperti yang dipercayai kebanyakan umat Islam.


#7 : Perlu Dipalam Dengan Besi Dan Tembaga

Disebabkan sifatnya yang tidak boleh dimusnahkan oleh manusia, Zulkarnain telah menggunakan satu teknik sekatan cul-de-sac (jalan mati) dengan membuat palaman besi dan tembaga untuk menghentikan aliran Yakjuj & Makjuj. Besi dan tembaga mempunyai kadar keleburan yang tinggi dan sesuai digunakan untuk menyerap kepanasan Yakjuj & Makjuj yang bersifat panas dan menyala.

#8 : Akan Turun Dengan Aliran Deras Dari Tebing-Tebing Tinggi

Yakjuj & Makjuj diramalkan dalam surah Al-Anbiya’ akan muncul dan turun dari tebing-tebing tinggi dengan suatu aliran deras. Dalam (21 : 97) Al-Quran memberitahu terdapat segolongan besar manusia akan terkejut dan panik kerana tidak menyangka Yakjuj & Makjuj bukan seperti yang mereka percaya selama ini. Golongan ini akan dimusnahkan dalam masa sekelip mata kerana sifat Yakjuj & Makjuj yang akan memusnahkan apa sahaja yang berada dalam laluan alirannya.

#9 : Dikaitkan Dengan Kemunculan Jahanam

Mengikut (21 : 98) pula, Yakjuj & Makjuj dikaitkan dengan kemunculan Jahanam – iaitu salah satu nama bagi Neraka. Dalam Al-Quran bahasa Arab, neraka disebut sebagai ‘nar’ yang bermaksud ‘api’. Tetapi disebabkan pengaruh agama Hindu, penterjemah Al-Quran bahasa Melayu menggantikannya dengan istilah sanskrit iaitu ‘naraka’. Konsep Neraka dalam kepercayaan Hindu sangat berbeza berbanding yang dijelaskan oleh Al-Quran.


#10 : Penyelewengan Dari Perjanjian Baru

gog & magog = magma

Di dunia Barat, Yakjuj & Makjuj dikenali sebagai Gog & Magog yang berasal dari kepercayaan agama Kristian. Istilah Gog & Magog diambil dari Perjanjian Baru yang ditulis oleh Paul The Apostle iaitu individu yang bertanggungjawab dalam penyebaran agama Kristian pada abad pertama Masihi selepas kewafatan Nabi Isa.
Paul tidak pernah hidup di Jerusalem tetapi banyak menghabiskan usianya dengan mengembara di sekitar kawasan Mediterranean termasuk Greek. Penulisan Perjanjian Baru oleh Paul banyak dipengaruhi oleh agama Roman dan Yunani sehinggakan teks asal Perjanjian Baru banyak ditulis dalam bahasa Yunani Kuno.
Oleh disebabkan itu, kitab Injil yang pada asalnya ditulis dalam bahasa Aramaik juga mengalami perubahan dari aspek bahasa Yunani Kuno. Ketidak-fahaman ahli kitab Nasrani dahulu tentang vulkanologi menyebabkan penyelewengan pada sebahagian kandungan Injil yang menyebut tentang kemusnahan dunia oleh malapetaka gunung berapi.
Istilah Gog & Magog sebenarnya datang dari perkataan ‘magma’ yang berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud ‘campuran’ atau ‘substance’ dalam bahasa Inggeris. Magma ialah sejenis batuan lebur dalam ilmu kajian geologi.


-See more at: http://yakjujdanmakjuj.com/blog/10-fakta-yakjuj-makjuj-bukan-makhluk/#sthash.QvoxILVx.dpuf
 
Toggle Footer